Hal ini berlaku di KL baru2 ni.. Saya dapat tahu dari kakak ipar
saya cara baru orang memperdaya perempuan untuk dirogol. Kawan dia sendiri yang
telah menjadi mangsa. Kawan dia keluar ofis agak lewat iaitu agak2 dekat malam
juga. Dia terserempak dengan seorang kanak2 menangis di tepi jalan. Kerana
kesian, dia hampiri dan bertanya budak tu kenapa dia sorang2 petang2 begini.
Budak tu kata yang dia dah sesat dan minta dihantar balik ke rumahnya. Budak tu
kemudiannya menunjukkannya sekeping kertas yang tertulis alamat rumahnya.
Perempuan ni kira berhati mulia, tanpa mengesyaki apa2 terus bawa budak tu ke
alamat berkenaan. Setibanya di rumah itu, dia pun menekan loceng pintu.. Sejurus
kemudian dia pengsan lantaran loceng berkenaan disambungkan dengan wayar
berkuasa tinggi.
Hari berikutnya apabila dia tersedar, dia berada
di sebuah rumah kosong di kawasan berbukit, dalam keadaan telanjang. Kondom ada
di merata2 dengan air mani berhamburan. Tak kurang 20 kondom semuanya. Dia
langsung tak mengenali penyerangnya. Begitulah jenayah akhir2 ini mensasarkan
mangsanya. Jika terserempak dengan keadaan sebegini, jangan sesekali turuti
kemahuan kanak2 itu, sebaliknya hantar je dia ke balai polis yang
berdekatan.
Friday, July 10, 2009
Kawan Saya Kata...Takutnyer....GuLp! GuLp..!
Posted by Eira KeRh at 1:58 AM
Labels: seramm....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




0 comments:
Post a Comment