CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Welcome Myspace Comments

Friday, June 26, 2009

Seramnyer....

Jumaat 27/06/2009
jam 1.50am...

Kisah ini memang benar-benar terjadi..dan aku tidak reka-reka..

Dah ramai dah terjumpe @ mengalaminya sendirik..and ramai gak frenz aku cakap hostel aku tu ada "penunggu" tapi...diorang cakap jangan la takut.."dia" x kan kacau kalau kita tak kacau "dia"...
So aku nak cerita lah kat korang kisah aku pagi tadi yang mengejutkan..
sebenarnya pagi tadi x leyh nak tidow...aku pon tak tahu kenapa...dan mengapa...huuu
jantung aku bergoncang laju seakan aku berlari x berhenti....
padahal...aku rasa something like...arghhh..aku sendirik tak pasti..
nak di sedapkan lagik..
aku baru nak lelap...tiba-tiba....
my fone berbunyi....aku agak cuak gak lah...ye lah, mana ada orang call aku time mcm nie, aku lihat screen fone aku..Oh no! my roomate call...tapi why?
aku pon jawablah fone...
aku dengar my roomate menangis..and say dekat aku dalam keadaan suara dia tersekat-sekat..

"eira akak takut...tadi masa akak dalam toilet ada orang ketok tingkap...akak jewit lah siapa tu??"
dan aku membalas..
"siapa kak?"
(terdiam sekektika..)
"dia x jawab pon.....kemudian akak keluar dari tandas, akak ternampak kelibat kain putih dekat luar tingkap dapur..badan akak terus mengeletar...akak x taw nak buat macam mana..eira tolong akak..akak takut....eira ada kat mana??"
masa tu aku terkejut mendengarkan cerita roomate aku tu..kepala aku mula fikirkan pekara yang menakutkan...
aku jawab pertanyaan roomate aku..
"eira ada kat rumah now...apa kata akak keluar dari bilik tu...and pergi tidur rumah orang lain.."
aku x pasti sama ada aku membantu roomate aku atau tak...
"akak takut eira..nak buka pintu rumah pon akak takut...takpe la eira akak try call rumah sebelah okeyh bye.."

selepas fone di letak...
aku rasa serba salah....

aku kesian kan roomate aku tu...tapi apakan daya aku...
aku ada kat rumah dekat rawang...
and dia ada dekat shah alam...

kalau lah aku ada car malam tadi gak aku balik shah alam..
aku cuba bantu dengan menghantar sms dekat roomate aku...
"akak, jangan takut sangat, makin akak takut makin benda "tu" akan datang n akak jangan terlalu berani sangat..akak baca doa 3 qul, baca ayat kursi 3 kali dan baca yassin banyak kali...insyallah kak beda "tu" x kan berani datang dekat dengan akak.."
but no respond..
itu jerk yang mampu aku buat....now turn aku lak jadi takut untuk tidur bila teringatkan kisah roomate aku cerita..makin bertambah-tambah lah takut..
so the end cerita...aku x dapat tidow...
and aku bangun awal pagi aku makan sebab aku lapar...
aku sanggup tahan x pergi tandas kerana nak tunggu matahari terbit...
tapi....
apa-apa pun aku takut dan aku kesian kan roomate aku tu..
agak-agakkan apa jadi dekat dia?
aku hantar sms pon tapi x berbalas..

ntah la... aku harapkan dia selamat and x apa-apa..MySpace


Wednesday, June 24, 2009

**Forget Him**


Forget his name forget his face
Forget his kiss and his embrace
Forget his love that you once knew
Remember now there’s someone new

Forget the fun that you once shared
Forget the fact that he once cared
Forget the times you spent together
Remember now he’s gone forever

Forget how you memorized his walk
Forget the way he used to talk
Forget the things he used to say
Remember now he’s gone away

Forget the way he used to phone
Forget the you were alone
Forget he was your whole real world
Remember now he loves another girl

Forget his gentle teasing way
Forget the fact that you saw him today
Forget the things he used to do
Remember now she loves him too

Forget him when they play your song
Forget you cried all night long
Forget how close you once were
Remember now he’s chosen her

Forget the thrill when he walks by
Forget the times he made you cry
Forget the way he spoke your name
Remember now you’re not to blame

Forget the way he used to look
Forget the loving you once took
Forget the times he made you sad
Remember now she makes him glad

HATI KU

Perjalanan hidup yang penuh
dengan onak berduri.
Liku-liku hidup yang kujalani
membimbingku untuk menjadi
seorang yang tabah.
Tapi malangnya,
aku taklah sekuat mana.
Aku gagal menjadi seorang
yang kuat menghadapi kehidupan ini.
Hidupku murung tanpa mengetahui apa sebabnya.
Aku dapat merasakan hidupku
taklah seceria dulu.

Mentalku banyak merasakan kelukaan.
Hatiku banyak memakan dalam
Namun aku belum kuat untuk menghadapinya Hidupku diduga.
Kadang-kala aku merasakan perasaanku
seolah-olah dipermainkan.
Aku tak mampu nak berterus-terang.
Aku hanya mampu menutup
segala kebenaran yang datang.
Aku rela membina impian
daripada merealisasikannya.
Aku rela menafikan segala perasaan
yang hadir dalam hidup aku.

Aku rela melupakan segala apa yang berlaku.
Aku tak rela melukakan hati aku
yang aku sendiri tak pasti apa yang bakal terjadi
Hati aku bukan untuk dikecewakan.
Hati aku hanya untuk milikku seorang.
Aku tak mungkin ingin melukakan
perasaan yang terindah ciptaan Illahi.
Aku sangat mencintai hatiku.
Kerana aku belum pernah
mencintai hati yang lain.
Aku sendiri tak mahu mencintai hati yang lain.
Kerana aku tahu, aku akan kecewa.
Namun, kekecewaan akan
hadir tanpa diduga.

Aku tak inginkannya buat masa ini.
Aku hanya mampu berdoa agar
semua ini belum terjadi
Aku kini belum bersedia
untuk menghadapi dugaan hati.
Aku belum rela hati lain
bertakhta di dalam hatiku.
Aku belum rela
untuk menyerahkan hatiku
kepada sesiapapun.
Aku ingin hati ini menjadi
milikku buat selamanya.
Kerana hatiku hanyalah satu.
Yang hanya aku miliki,
Yang kekal abadi.

FUnNy sTory Lolx...

Kisah ni di Institut Kemahiran Belian Negara (IKBN) Dusun>Tua.

Dua orang budak intake P67, Azlam Mohamad (Lam Paka) dengan Azril berkawan baik.
Duduk sebilik dan berkongsi katil, Lam Paka katil tingkat atas, Azril tingkat bawah.
Double decker la katakan... Lam Paka dari Terengganu, Azril dari Kedah. Azril dan Lam Paka meminati majalah UJANG. Masalahnya, hanya Azril yang rajin membeli majalah UJANG..Manakala Lam Paka pulak cuma rajin baca, malas beli, sampai Si Azril dah naik fed-up... .
Pada suatu hari, mereka keluar la ke Pekan Kuala Lumpur di hujung minggu...
Azril tak lupa membeli majalah UJANG yang terbaru tetapi disoroknya kerana tak nak bagi Lam Paka baca dulu. Dibungkusnya majalah tu elok-elok...
Sampai di dorm, Azril terus membasuh pakaiannya dan menjemurnya. Lepas jemur pakaian, dia melepak kat bilik sambil membaca majalah UJANG. Tak lama dia membaca, Si Lam Paka menjerit dari atas, "AZRIL, NOK UJANG!". Azril menjawab,
"NANTI SAT, AKU BARU BACA".. Lam Paka sound lagi, "AZRIL, CEPAT LA, NOK UJANG!"
Hoh! Azril pun benggang, "BISINGLA HANG NI. SABAQ LA, AKU BACA DULU!" lalu ditendangnya lantai katil Lam Paka.
Tiba-tiba hujan turun dengan lebat sekali. "EH, UJAN LA.. AWAT HANG TAK HABAQ ARI NAK UJAN?" sound Azril pulak.. "TOK MUNG! TADI AKU KABO BANYOK KALI MUNG WAK DOK RETI, BAKPE?!!"
"LA... HANG NI PUN..HABAQ LA ARI NAK UJAN, AKU INGAT HANG NAK BACA MAJALAH UJANG NI.. HAMPEH!"

Sekian saja kenangan manis di KBN Dusun Tua P67

Tuesday, June 23, 2009

RENUNGKANLAH SEJENAK....

kalau anda pikir anda masih islam
bacalah...kalau
tidak......Allah saja yang tahu...
Message: Tolonglah ambil masa 2 minit untuk
membaca
ini....
kalau lebih dua
minit
tu bukan membaca la tu..tapi mengeja.. ;-)

Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi
Maha
Pengasih...

Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu
hari pada masa
Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih
kurang
1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi
seluruh tubuhnyer dgn
pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji
mata and
membawa mesin
gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik "
"Sesiapa yang sanggup
MATI
kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"
Selepas
mendengar amaran
lelaki
itu maka segeralah bertempiaran lari para
jemaah
itu
utk
menyelamatkan
diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya
tinggal lebih
kurang
20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat
masing-masing termasuk
Pak
Iman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera
membuka
tutup mukanya
lalu
melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok
Pak
Iman, saya dah
halau
SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak
Iman
mulakan sembahyang
Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling
dan
meninggalkan
jemaah.... Macammana.. adakah anda rasa lawak
dgn
cerita di atas.
selain
terhibur anda fikirlahlah...


" Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia
Islam hanya
20 yg
betul-betul
beriman... "


" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah
lupakan
ALLAH bila
menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya
membawa
mesin-gun.. dia tak
kata
pun
nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah..
baru
kena ugut
terus
lari
lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang
jumaat
lagi..."


"Lawak, ada juga yang agamanya cuma
seminggu sahaja..
tu pun bila time
sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org
kampung.. ada
tu lagi dashyat
setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."


"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip
dan apa
yang di tulis
oleh surat khabar daripada apa yang tercatit
dsalam
al Quran"


"Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia
hanya
sementara, akhirat
adalah
tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba
mengejar dunia"


"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend
atau
girlfriend
berejam-rejam
tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup
masa..


Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak
thread atau email
yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua
tempat
tapi merasa berat
nak berkongsi dan nak hantar artikel2
yang
berunsur
agama


Lawak kan ???/ Kenapa gelak/ tu kan realiti.. tapi
yg
paling lawak
sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni
akan
sampaikan kat
orang
lain... berapa orang yang akan buka email ni
untuk
luangkan masa
membaca? berapa banyak????
wallahuaallam

RUPA ATAU IKHLAS…

Kesucian cinta,
Masih wujudkah,
Dalam era globalisasi,
Yang serba kemewahan.

Cinta zaman ini,
Boleh dibeli dengan taburan wang,
Ketulusan jua,
Menjadi satu barang belian.
Andai dapat membeli cinta,
Maka hidup pasti sempurna.

Namun, kini cinta dinilai melalui kecantikan,
Tak cantik maka tiada kata cinta,
Cantik dulu baru dapat cinta,
Benarkah semua ini,
Atau benar di kala ini.

Aku manusia lemah,
Yang serba kekurangan dari segala aspek,
Cantik itu apatah lagi,
Jauh panggang dari api
Rupa tidak dapat diungkapkan,
Memang tiada rupa.
Tapi perlukah mereka,
Menilai semua itu,
Sebelum jatuh cinta,
Mengapa bukan keikhlasan

Memanglah cantik itu merupakan syarat dalam memilih
pasangan hidup,
Tapi bagaimanakah dengan kecantikan dalaman,
Mengapa tidak dititikberatkan,
Kecantikan luaran menjadi satu kebanggaan,
Andai dapat memiliki kekasih cantik,
Pasti akan disanjung,
Aku masih tidak mengerti,
Akan pemikiran sebegini,
Apatah lagi cinta di zaman ini.

Kata orang cinta itu indah,
Sejauh mana kebenarannya,
Adakah cinta itu indah dengan keindahan rupa,
Atau indahnya keikhlasan hati dalam bercinta,
Atau hanya menjadi kepuraan,
Yang ditutupi oleh kecantikan.

Tag From My Frenz Shima!


Sahabat,
Dulu dukamu, dukaku,
Penawarku, penawarmu jua,
Tapi kini yang aku rasai,
Cuma kesakitan,
Yang diberi oleh dikau,
Sejak dikau melangkah pergi.

Benarlah kata orang,
Ketika bergembira, kau ada bersama,
Tapi tatkala aku sedih,
Kau pula hilang entah ke mana,
Adakah adil gayamu ini,
Menjadikanku benci kepada diriku,
Yang serba kekurangan.

Kini, aku mengerti,
Bahawa dikau lebih memilih,
Cinta dari sahabat,
Kerana bagimu cinta itu merupakan kasih
sayang yang teragung,
Tapi bagaimanakah dengan kasih
sayangku,
Adakah tidak seagung kasih sayang
cintamu.

Andai begitu pemikiranmu,
Jangan dikau pernah mencariku lagi,
Kerna diriku terluka kernamu,
Hatiku dirobek olehmu,
Yang lebih pentingkan cinta daripada sahabat,
Yang senantiasa di sisi mu dahulu,
Di kala hatimu terluka kerna cinta,
Maka, teruskanlah kehidupanmu yang
Abadi dengan cinta,
Namun dikau salah mentafsir,
Bahawa cinta belum pasti abadi selamanya,
Antara cinta dan sahabat,
Sahabat lebih abadi berbanding cinta,
Yang belum pasti arah tujuannya.

Kini, aku mengerti,
Bahawa dikau lebih memilih,
Cinta dari sahabat,
Kerana bagimu cinta itu merupakan kasih
sayang yang teragung,
Tapi bagaimanakah dengan kasih
sayangku,
Adakah tidak seagung kasih sayang
cintamu.

Monday, June 22, 2009

4 aLL yG beRciNta...! ^^

Sekiranya kamu dapati dirimu menyintai seseorang yang tidak membalas cintamu, janganlah merasa tersisih. Tiada salahnya menyintai seseorang kerana Cinta tidak memilih untuk singgah di hati seseorang
Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu tetapi kembalikan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur. Jangan ambil kesempatan dan janganlah melukakan.

Bagaimana kamu mengurusi cinta begitulah kamu mengurusi dirimu dan setiap hati dan perasaan mengalami kepedihan dan kebahagiaan yang serupa sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza.

Sekiranya kita bercinta dengan seseorang yang begitu menyintai diri kita dan tiba tiba cinta memilih untuk pergi, tiada siapa yang harus dipersalahkan, relakanlah cinta itu pergi. Kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya yang tersembunyi.. Dan kita akan menyedari apabila masa silih berganti.

Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta. Kerana cinta itu sendiri akan memilih untuk singgah di hati sesiapa, Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta itu dengan segala misteri di dalamnya apabila ia datang mengetuk pintu hatimu.

Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidupmu bahagia dan bebaskan ia, Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hati kamu

Sunday, June 21, 2009

Memekak..haHa!

Kata Mak,
Kawan tu ibarat lebah,
Abis madu sepah dibuang...

Kata Ayah,
Kawan tu umpama bunga ros,
Dipandang cantik,
Dipegang sakit...

Kata Atuk,
Kawan tu seperti air,
Terus mengalir...

Kata Nenek,
Kawan tu bak bulan,
Dipuja dan disanjung,
Tapi nun jauh di sana...

Kate Sedare,
Kawan tu macam makanan,
Kawan makan kawan...

Kata Abang,
Kawan tu seperti lembu,
Mengikut saje ape dikata...

Kata Kakak,
Kawan tu tak ubah macam durian,
Bau je busuk,
Tapi sedap dimakan...

Kata Adik,
Kawan tu macam biskut,
Kejap ade kejap takde...

Kata Aku,
Kawan tu tak kisahlah camner,
Walaupun dier...
IBARAT LEBAH,
UMPAMA BUNGA ROS,
SEPERTI AIR,
BAK BULAN,
MACAM MAKANAN,
SEPERTI LEMBU,
TAK UBAH MACAM DURIAN,
MACAM BISKUT,
Dier tetap kawan...

Tw x sebab ape?
Skali aku dah kawan ngan dier,
Selamenyer dier tetap kawan aku,
Itu cara aku berkawan...

Walaupun kita ader kekasih,
Tapi,
Teman tetap paling setia...

Walaupun kita punyai harta yang banyak,
Teman tetap paling berharga...

My FrenZ teLL me!

nape pe yg kite wat...
owg selalu salah faham...
nape owg tak pham cre kite...
tp cerite cam pham n tau sume bnde...
nape la...
owg tak appreciate pe yang kite wat...
nape perasaan kite sering dikotak katikkan...
knape mmber3 tak ley pham situasi kite..
sedangkan kite cube sedaya upaya memahami dowg..
supaya dowg tu tak kecik atie...
nape owg perlu melukakan yang len utk kepentingan sendiri...
nape owg tak nak tahu keadaan owg len....
nape sume bnde yang kite wat..
owg nmpk salah...
sdgkan kite cube nak perbetulkan keadaan...
nape owg selalu nampak slah kite...
sedgkan kite cube yang terbek nak jge atie owg...
nape owg tak pkir perasaan kite..
bila bergurau senda...
nape sume nie trjadi..
walaupun kite tau...
pasti de hikmah di sebalik segala kejadian...
nape kite msti anggap owg len jhat...
sedgkan diri sendiri yang slah...
nape owg ske bergurau ngan perkara yang sensitif tuk owg tu...
nape dowg tak pernah pkir perasaan owg tu...
ntahla...
pape pown...
semoga kowg bahagia di samping mmber3 kowg...
jge la sahabat seperti menjaga sekeping hati yang boleh terhiris...
dgn sembilu kata3...

Terkena Sudeyhhh...

Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi. Antara alsan yang diberikannya:

Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah
Isteri : kenapa pula?
Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, satu is one, dua is two, tiga isteri (is three). Baru betul dan sah!
Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang singular dan plural
Suami : Berkenaan apa tu?
Isteri : Satu tu Singular; dua atau lebih Plural
Suami : Contohnya?
Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?
Suami : Ohhh tambah huruf "s" untuk yang plural
Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang
Suami : Macam mana pula boleh sama?
Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah "s" je,kan ?

Lepas daripada tu, si suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi.

Saturday, June 20, 2009

HAPPY FATHER'S DAY

diz is my papa..

To my papa i wish SELAMAT HARI BAPA! . love you from
me yaYa!^^

My FreNz Say To Me..

Bintang berkerdipan,
bulan meyinari alam,
angin mula beralun,
indahnya malam ini...
Hatiku,
Jiwaku,
Mindaku,
tidak seidah malam ini...,
Aku rindu kamu,
amat merinduimu,
sayang.., kau tidak mengerti,
lalu...,
engkau tidak menghargai..
Sukar bagiku menghapus bayangmu, mengertilah..
Fahamilah..
Aku sayang kau!
Tolonglah untuk mengerti hatiku teman..
Walau kau jauh dariku,
Walau kau tidak menghargai hatiku,
dirimu tetap aku
sayangi..!
Dan..
Akan abadi selamanya...!



Persahabatan itu seperti tangan dengan air mata..

Saat tangan terluka mata menangis..

Saat mata menangis tangan meyapunya...

"Selamat Hari Persahabatan Sedunia"