Kisah ni di Institut Kemahiran Belian Negara (IKBN) Dusun>Tua.
Dua orang budak intake P67, Azlam Mohamad (Lam Paka) dengan Azril berkawan baik.
Duduk sebilik dan berkongsi katil, Lam Paka katil tingkat atas, Azril tingkat bawah.
Double decker la katakan... Lam Paka dari Terengganu, Azril dari Kedah. Azril dan Lam Paka meminati majalah UJANG. Masalahnya, hanya Azril yang rajin membeli majalah UJANG..Manakala Lam Paka pulak cuma rajin baca, malas beli, sampai Si Azril dah naik fed-up... .
Pada suatu hari, mereka keluar la ke Pekan Kuala Lumpur di hujung minggu...
Azril tak lupa membeli majalah UJANG yang terbaru tetapi disoroknya kerana tak nak bagi Lam Paka baca dulu. Dibungkusnya majalah tu elok-elok...
Sampai di dorm, Azril terus membasuh pakaiannya dan menjemurnya. Lepas jemur pakaian, dia melepak kat bilik sambil membaca majalah UJANG. Tak lama dia membaca, Si Lam Paka menjerit dari atas, "AZRIL, NOK UJANG!". Azril menjawab,
"NANTI SAT, AKU BARU BACA".. Lam Paka sound lagi, "AZRIL, CEPAT LA, NOK UJANG!"
Hoh! Azril pun benggang, "BISINGLA HANG NI. SABAQ LA, AKU BACA DULU!" lalu ditendangnya lantai katil Lam Paka.
Tiba-tiba hujan turun dengan lebat sekali. "EH, UJAN LA.. AWAT HANG TAK HABAQ ARI NAK UJAN?" sound Azril pulak.. "TOK MUNG! TADI AKU KABO BANYOK KALI MUNG WAK DOK RETI, BAKPE?!!"
"LA... HANG NI PUN..HABAQ LA ARI NAK UJAN, AKU INGAT HANG NAK BACA MAJALAH UJANG NI.. HAMPEH!"
Sekian saja kenangan manis di KBN Dusun Tua P67
Wednesday, June 24, 2009
FUnNy sTory Lolx...
Posted by Eira KeRh at 12:07 PM
Labels: kelakarnyew....



