Perjalanan hidup yang penuh
dengan onak berduri.
Liku-liku hidup yang kujalani
membimbingku untuk menjadi
seorang yang tabah.
Tapi malangnya,
aku taklah sekuat mana.
Aku gagal menjadi seorang
yang kuat menghadapi kehidupan ini.
Hidupku murung tanpa mengetahui apa sebabnya.
Aku dapat merasakan hidupku
taklah seceria dulu.
Mentalku banyak merasakan kelukaan.
Hatiku banyak memakan dalam
Namun aku belum kuat untuk menghadapinya Hidupku diduga.
Kadang-kala aku merasakan perasaanku
seolah-olah dipermainkan.
Aku tak mampu nak berterus-terang.
Aku hanya mampu menutup
segala kebenaran yang datang.
Aku rela membina impian
daripada merealisasikannya.
Aku rela menafikan segala perasaan
yang hadir dalam hidup aku.
Aku rela melupakan segala apa yang berlaku.
Aku tak rela melukakan hati aku
yang aku sendiri tak pasti apa yang bakal terjadi
Hati aku bukan untuk dikecewakan.
Hati aku hanya untuk milikku seorang.
Aku tak mungkin ingin melukakan
perasaan yang terindah ciptaan Illahi.
Aku sangat mencintai hatiku.
Kerana aku belum pernah
mencintai hati yang lain.
Aku sendiri tak mahu mencintai hati yang lain.
Kerana aku tahu, aku akan kecewa.
Namun, kekecewaan akan
hadir tanpa diduga.
Aku tak inginkannya buat masa ini.
Aku hanya mampu berdoa agar
semua ini belum terjadi
Aku kini belum bersedia
untuk menghadapi dugaan hati.
Aku belum rela hati lain
bertakhta di dalam hatiku.
Aku belum rela
untuk menyerahkan hatiku
kepada sesiapapun.
Aku ingin hati ini menjadi
milikku buat selamanya.
Kerana hatiku hanyalah satu.
Yang hanya aku miliki,
Yang kekal abadi.
Wednesday, June 24, 2009
HATI KU
Posted by Eira KeRh at 9:27 PM
Labels: apew saje yg di pendam....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




1 comments:
puitis segalanya. :)
Post a Comment